Ads 468x60px

Labels

Tuesday, 31 January 2012

Majalah 'Keluarga' (2009)

Keratan Majalah 'Keluarga'

Kosmo (Ogos 2009)

Keratan Akhbar Kosmo

Khasiat Ulam

Jenis Ulam
Khasiat

Pegaga



  • kaya vitamin dengan A dan C serta zat besi yang sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.
  • Ia membantu membangkitkan selera makan
  • meredakan masalah penghadaman
  • mengelakkan penyakit buasir
  • menyejukkan badan
  • mempercepatkan proses penyembuhan luka
  • melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid serta keputihan.
Timun

  • menyingkirkan bahan toksik dari badan.
  • membantu mengatasi masalah sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk
  • merendahkan tekanan darah
  • menambah selera makan
  • penjagaan kecantikan kulit wajah.
Cekur

  • mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam.
  • mempunyai bahan antibakteria, antikulat dan antikeradangan.
Kunyit Muda

  • kunyit mengandungi curcumin yang memberikan warna kuning jingga berpotensi untuk merawat barah.
  • mengandungi banyak bahan antioksidan yang lebih baik berbanding vitamin C dan E,
  • mampu melindungi sistem kardiovaskular, merendahkan kadar kolesterol dalam darah dan merawat demam kuning.
  • mempercepatkan penyembuhan luka dan mengecutkan rahim.
Petai

  • membantu mengawal penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Pucuk Kaduk

  • membantu menguatkan tulang, melegakan batuk, selesema dan sengal sendi.
Pucuk Gajus

  • boleh mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah
  • daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain.
Lobak Merah

  • kaya dengan vitamin A dan mineral seperti kalium, magnesium, fosforus dan sulfur.
  • Ia baik untuk membantu mengatasi masalah rabun malam akibat kekurangan vitamin A dan kandungan serat tinggi dapat memperbaiki gangguan saluran usus.
Mengkudu

  • Ia kaya dengan beta karotin dan zat besi yang baik digunakan untuk mengatasi masalah kurang darah.
  • Buah mengkudu masak pula mengandungi bahan antiseptik berfungsi melegakan kesakitan, bahan antioksidan, merangsang pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan daya ketahanan badan
Jering

  • Ia kaya dengan protein, karbohidrat dan serat yang dipercayai membantu mengubati penyakit kencing manis

Tips Menjaga Kesihatan Jantung

Jantung
Jantung merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalarn tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dan awal diberikan kepada jantung.

Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.

Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Bagaimanakah caranya?

Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak.

Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.

Buku-buku mengenai hal yang sama juga banyak terdapat di pasaran. Salah satunya ialah yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung - Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di dalam buku ini, beliau menurunkan beberapa petua menjaga jantung bagi dijadikan panduan. Antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.

Kawalan berat badan

Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.

Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.

Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.

Pemakanan

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan.

Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.

Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.

Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.

Berhenti merokok

Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.

Bersenam

Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung.

Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.

Perubahan gaya hidup

Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya.

Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.

ihsan

Kosmo (18 Feb 2009)

Keratan Akhbar Kosmo

Sinar (27 Sept 2008)

Keratan Akhbar Sinar

New Straits Times (19 Jan 2008)

Keratan Akhbar New Straits Times

Kosmo (10 Dis 2008)

Keratan Akhbar Kosmo

Golden Bull Award 2008

Golden Bull Award 2008

Monday, 30 January 2012

Khasiat Cordyceps

Cordyceps
Walaupun perubatan moden menjadi pilihan utama, namun masyarakat seluruh dunia tanpa mengira bangsa masih mengamalkan herba dan ramuan tradisional untuk kesihatan tubuh badan. Mereka mengetahui mengenai berbagai faedah daripada amalan ini yang sudah digunakan sejak datuk nenak masing-masing. Cuma bezanya ialah jenis herba yang digunakan.

Bagi masyarakat Cina, sejenis herba yang diamalkan dalam pemakanan iaitu Cordyceps atau carterpillar fungus dikatakan banyak memberi khasiat.

Herba ini banyak ditemui di sekitar Gunung Szechuan dan Qinghai, China serta daerah lain di atas paras 11,000 kaki.

Herba itu juga dikenali sebagai Dong Chong Xia Cao iaitu pada musim sejuk. Ia adalah sejenis kulat dan bertukar menjadi sejenis rumput pada musim panas.

Dulu, ia hanyalah makanan yang hanya mampu dibeli maharaja Cina dan golongan atasan disebabkan kuantitinya yang kurang dan mahal.

Selepas rumput berwarna perang hitam itu dipetik, ia akan diersihkan dan dikeringkan di bawah matahari sebelum dijual di pasaran tempatan.

Cordyceps mengandungi asid cordycepic, cordycepin, asid amino, asid glutamic, karbohidrat dan vitamin B12.

Presiden Persatuan Tabib Cina Profesional Malaysia, Prof Koh Nang Choong, berkata dalam perubatan Cina, ia adalah sejenis herba yang berkesaan untuk peredaran darah, sistem pernafasan dan kemandulan.

“Cordyceps juga boleh dianggap sebagai tonik kesihatan umum disebabkan keupayaannya meningkatkan daya ketahanan, kekuatan, selera makan dan mengubati penyakit kurang tidur.

“ Ia juga digunakan untuk merewat batuk, radang paru-paru, batuk kering, hidung sensitif dan sakit belakang.

“ Selain itu, ia juga berfungsi untuk menguatkan buah pinggang, paru-paru, meningkatkan penghasilan sel manusia dan merawat penyakit asma, anemia serta tekanan darah tinggi” katanya ketika ditemui di kliniknya di Pudu, ibu negara, baru-baru ini.

Beliau berkata, herba itu sesuai dimakan oleh semua peringkat umur dan tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan jika kerap digunakan, sebaliknya ia boleh membantu mengurangkan kandungan kolesterol, melambatkan proses penuaan dan boleh mengurangkan keletihan

Laporan atlit China yang pernah menggunakan Cordyceps sebagai diet tambahan, mereka dikatakan mendapat hasil yang luar biasa apabila berjaya memecahkan rekod dunia dalam acara 10,000 , 3,000 dan 1,500 meter pada Kejohanan Dunia Acara Padang dan Olehraga di Jerman tahun 1993.

Dr Koh berkata, dengan adanya teknologi canggih, Cordiceps kini boleh didapati dalam bentuk ubat cecair, pil dan makanan segera seperti pati ayam.

Beliau berkata, disebabkan kedudukan geografi dan suhu, ubat cecair dan pil Cordyceps biasanya diproses di tempat asalnya bagi mengekalkan keasliannya.

Selain itu, katanya, orang ramai khasnya golongan tua leih suka menggunakan Cordyceps untuk membuat sup.

“Herba ini rasanya ada sedikit masam dan wangi. Biasanya ia digunakan untuk memasak sup yang dicampur dengan ayam, kurma merah dan limau kasturi” katanya.

Bagaimanapun beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati daripada tertipu dengan ubat palsu yang mencampurkan tepung gandum dan kulat.

Peniaga herba, Tey Guan Hah berkata, harga runcit bagi Cordyceps ialah RM 667 bagi 100 gm dan RM 250 bagi 38 gm.

Beliau berkata, disebabkan kelembapan ekonomi, jualan ubat itu berkurangan dan ramai yang lebih suka membeli pati ayam atau pati herba yang dicampur sarang burung.

“ Cara ini lebih senang kerana ia boleh dimakan segera dan harganya jauh lebih murah” katanya.

Katanya, harga herba itu mahal disebabkan kuantitinya yang kurang iaitu Cuma boleh didapati setahun sekali dan tidak boleh ditanam kerana ia tumbuh secara semulajadi.
Petikan: Berita Harian (21 Feb 2002)

Sihat Cara Orang Korea

PADA usia 76 tahun. Dr. Muhammad Kim masih aktif melakukan rutin senaman pagi dengan berjoging sekurang-kurangnya dua kilometer setiap hari.

Selesai beriadah, Muhammad bersiap-siap untuk ke pusat perawatan tradisional miliknya yang terletak di Kelab Golf Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur untuk memenuhi temu janji dengan pesakit-pesakitnya.

Sebelah malam pula, adakalanya bekas pegawai tentera berpangkat kolonel dari Seoul, Korea Selatan ini perlu menghadiri majlis rasmi melibatkan ekspatriat Korea.

Padat dengan jadual seharian, lelaki bertubuh kecil tetapi bertenaga ini tidak lokek berkongsi tiga rahsia untuk memiliki kesihatan yang sejahtera.

“Saya bersenam, mengambil herba ginseng dan makan kimchi hampir setiap hari, itu rahsia kecergasan saya,” ujarnya ketika ditemui Jurnal di pusat rawatannya baru-baru ini.

Muhammad menjelaskan beliau sangat sukakan aktiviti yang mengeluarkan peluh terutama joging.

“Setiap pagi saya akan berjoging selama sejam. Sekiranya hujan, saya tidak menolak untuk keluar bersenam.

“Saya akan berjalan kaki dengan memegang sekaki payung,” katanya.

Ramuan wajib

Mengagumi khasiat ginseng yang dianggap sebagai penyumbang kesihatan dan awet mudanya, Muhammad bagaimanapun mengamalkan rutin mengambil serbuk ginseng secara tidak berlebihan.

“Saya ambil sedikit demi sedikit selang beberapa hari untuk membantu peredaran darah yang lebih baik,” akuinya.

Di Korea, ginseng lebih terkenal sebagai ubat untuk menjaga kesihatan, mencegah penyakit dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

GINSENG merah ini melalui proses rebus dan pemanasan selama empat.



Terdapat lima negara yang memiliki ginseng iaitu Korea, China, Jepun, Kanada dan Amerika Syarikat namun penghasilan ginseng secara komersial di Korea menjadikan ginseng dari negara tersebut sebagai yang terbaik.

Bahkan, para pengkaji menyifatkan ginseng Korea adalah lebih berkhasiat kerana ia tidak pernah dipalsukan seperti ginseng China.

“Sejak dahulu lagi, budaya masyarakat Korea dan ginseng sangat rapat malah setiap hari rakyat Korea akan mengambil ginseng. Tidak hairanlah, Korea mendapat jolokan ‘Negara Ginseng.’

“Tradisi ini turut diamalkan sehingga hari ini. Bahkan bagi sesetengah orang, ginseng adalah ramuan wajib dalam masakan Korea supaya makanan lebih berkhasiat, contohnya sup ginseng dan telur goreng,” kata Muhammad.

Tambahnya, belum ada kajian yang menyatakan khasiat ginseng sebagai penambahan ghairah seks lelaki.

Sebaliknya amalan mengambil ginseng sama ada dalam bentuk pati, serbuk, teh dan lain-lain bertujuan untuk menjaga kesihatan.

Ajaib

“Dalam satu kajian oleh para doktor antarabangsa, pengambilan ginseng secara konsisten mampu mengurangkan risiko Alzheimer, menangani kencing manis, mengatasi masalah tekanan darah tinggi dan menguatkan sistem imunisasi badan.

“Malah, ginseng juga banyak digunakan untuk meningkatkan daya ketahanan fizikal dan mental, memberi tenaga, menstabilkan fisiologi badan, merendahkan paras kolesterol dan mencegah penyakit kanser,” jelasnya yang mempunyai lebih 50 tahun pengalaman menggunakan ginseng.

Ginseng yang berusia enam tahun sudah boleh dituai dan diproses untuk dijadikan makanan .



Mendapat jolokan ‘Herba Ajaib Dari Timur’, pengkaji Rusia berpendapat tumbuhan yang dianggap sempurna ini boleh menormalkan tekanan di saluran arteri dan berkesan dalam mengubati tekanan darah tinggi mahupun darah rendah.

“Ginseng adalah alternatif terbaik untuk melancarkan peredaran darah sekali gus meneutralkan asid dalam darah,” ujar Muhammad yang merupakan pakar akupuntur dan gingseng bertauliah.

Tidak hanya diambil sebagai makanan kesihatan, pemilik nama saintifik Panax yang bermaksud tubuh manusia itu turut dijadikan sumber kajian di Institut Kajian Universiti Nasional Seoul dan berfungsi sebagai agen penyembuh kanser serta diabetes di Hospital Pusat Kanser Korea.

Selain mengambil herba ginseng, Muhammad turut mengamalkan memakan makanan tradisional Korea iaitu kimchi yang disifatkan makanan terbaik di dunia.

“Saya selalu percaya pada prinsip makan sedikit dan berjoging sejam setiap hari.

“Saya juga memastikan makanan yang diambil perlu memiliki lima elemen penting iaitu manis, masam, masin, pahit dan pedas.

“Sebab itu, rakyat Korea amat menggemari kimchi dan memakannya setiap hari dalam saiz sederhana,” ujarnya yang mengelak untuk mengambil nasi lemak dan roti canai.

dipetik daripada: www.kosmo.com.my

Tips Menjaga Buah Pinggang

Buah Pinggang
  • Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang  bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram, buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan  buah kana. 
  • Memakan mi segera seperti mi maggi  dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta  mi kuning dan roti canai memudahkan sakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei).
  • Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
  • Pengambilan  coklat perlu dielakan  dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya  dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan   buah pinggang.
  • Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan di ladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual di pasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...